
RANAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim menyeru rakyat supaya lebih berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini oleh kerajaan.
“Melihat kepada trend kadar jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat sejak lima hari lalu, setiap orang perlu lebih peka dan berhati-hati ketika keluar rumah kerana penularan virus Omicron terlalu cepat dan sangat berbahaya,” kata Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang.

