Anggota JPJ maut kejar motosikal lari lawan arus

6 Feb 2022 • 11:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat kemalangan di kilometer (km) 13 Lingkaran Karak berhampiran sebuah stesen minyak menghala Plaza Tol Gombak di sini pada Ahad.

Mangsa dikatakan cuba mengejar sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak dengan menunggang secara melawan arus di laluan tersebut.

Difahamkan sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas di laluan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak sekitar jam 9.30 pagi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu oleh seorang lelaki warga asing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved