
Kota Kinabalu: Dua lelaki didakwa secara berasingan atas pertuduhan mengambil dadah secara berulang.
Mereka adalah Arif Husmee Jumaat dan Anndy Ahmad Sidip Baba.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan masing-masing dibacakan kepada mereka melalui Zoom.
Kes mereka akan disebut semula pada 7 Mac tahun ini melalui Zoom untuk pengakuan mereka direkodkan.
Mereka didakwa secara berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama mengikut Seksyen 39C (1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan .
Tiada jaminan ditawarkan kepada mereka sementara menunggu tarikh tersebut.
Dalam kes berasingan, tiga pendatang tanpa izin didakwa memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.
Emma Kalid mengaku bersalah kepada pertuduhan yang dibuat ke atasnya tetapi hukumannya ditangguhkan ke 7 Mac.
Sementara itu, tiada pengakuan direkodkan daripada Al Aziz Kapuning dan Nur Huda Nasir dan pengakuan mereka juga akan direkodkan pada 7 Mac.
Sementara menunggu tarikh itu, ketiga-tiga mereka diperintah direman lanjut.
Prosiding dijalankan melalui Zoom.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
