Pasukan Khas MyCC Siasat Industri Ayam, Telur

1 Feb 2022 • 3:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MyCC telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat isu persaingan dalam industri ayam dan telur. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu pasukan khas ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menyiasat serta menyelesaikan isu persaingan dalam industri ayam dan telur.

MyCC berkata, langkah itu juga sejajar arahan diterima pihaknya selepas kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sebagai badan penguatkuasa yang diberi mandat untuk melindungi proses persaingan untuk kebaikan rakyat dan menentukan sama ada terdapat pelanggaran undang-undang persaingan, MyCC menyokong keputusan NACCOL dalam menyelesaikan isu kenaikan harga ayam dan telur ayam.

“Justeru, MyCC sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat hingga ke akar umbi isu persaingan dalam industri tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut MyCC, sekiranya siasatan mendapati wujud sebarang sabotaj ekonomi terhadap rakyat yang dilakukan mana-mana pihak melalui elemen kartel, penyalahgunaan kuasa dominan atau monopoli dalam industri ayam dan/atau telur ayam di negara ini, pihaknya tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Persaingan 2010.

Katanya, antara tindakan itu adalah mengenakan penalti maksimum bagi memastikan penindasan dilakukan pihak terbabit yang mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat, terutama ketika pandemik kini, dihentikan sama sekali. - Getaran, 1 Februari 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved