Lelaki maut tersepit tayar belakang kontena

11 Feb 2022 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SUNGAI BULOH - Seorang penunggang motosikal maut akibat tersepit di bahagian tayar belakang sebuah kontena dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai, di sini, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.16 pagi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah kontena dengan sebuah motosikal Honda EX5.

“Mangsa, Danial Imran Kamarolzaman, 31, didapati tersepit di bahagian tayar belakang kontena berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, anggota bertugas bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ dan bantuan excavator.

“Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved