Wisma Putra: Rakyat Malaysia terjejas banjir di Queensland dipindahkan

27 Feb 2022 • 9:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 27 FEB: Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapat keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, kementerian memaklumkan rakyat Malaysia yang terjejas telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara.

Selain itu kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia di Queensland supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra melalui telefon atau e-mel seperti berikut: Suruhanjaya Malaysia di Canberra, Australia 7, Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Tel: +61261 200 300/310, +61416 334 901 atau e-mel: mwcanberra@kln.gov.my.

Menurut laporan berita antarabangsa, kejadian banjir besar ekoran hujan lebat yang melanda wilayah itu sejak seminggu lalu telah mengorbankan enam orang setakat ini.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved