Lelaki panjat bumbung IPD dakwa diekori

23 Feb 2022 • 10:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki bertindak memanjat bumbung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kerana mendakwa diekori seseorang dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang Rabu.

Kejadian turut mengejutkan warga IPD sebaik selepas melihat lelaki berusia 47 tahun itu berdiri di atas bumbung bangunan empat tingkat itu tanpa memakai baju.

Lelaki yang hanya berseluar paras lutut itu turut dilihat memegang baju T di tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd Rahman@Abd Rahim berkata, lelaki itu dipercayai menaiki tangga bahagian tengah bangunan untuk sampai ke bumbung.

Menurutnya, pintu besi yang menutupi laluan tangga penghubung bumbung tidak berkunci kerana kerja-kerja penyelenggaraan bumbung yang bocor mungkin menjadi laluannya.

"Hasil temu bual awal mendapati dia berada dalam keadaan halusinasi dan tertekan serta mendakwa dikejar orang menyebabkannya melarikan diri ke bumbung," katanya.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan pasukan bomba dan diturunkan kira-kira jam 6.25 petang sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk pemeriksaan psikiatri.

Beliau berkata, semakan mendapati lelaki berkenaan membuat laporan polis kira-kira jam1.10 pagi Rabu kerana mendakwa bimbang diekori seseorang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved