
Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee (gambar) mahu pemain-pemainnya memberikan persembahan yang lebih baik menentang Kedah FC dalam perlawanan ketiga dan terakhir mereka dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) di Stadium Likas malam ini.
Ini susulan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak United pada Selasa selepas tewas 1-2 dalam perlawanan pembukaan menentang Kelantan FC pada Ahad lalu.


