Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan melebihi 2.0

11 Feb 2022 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 tertinggi dengan nilai 2.17 direkodkan pada Khamis.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Facebook miliknya pada Jumaat, Malaysia turut mencatatkan kadar Rt tertinggi sejak bermulanya pandemik dengan nilai 1.51 direkodkan pada Khamis berbanding 1.47 pada Rabu.

Data itu menunjukkan semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Sarawak dan Sabah merekodkan kadar tertinggi selepas Labuan iaitu masing-masing 1.9 dan 1.68.

Ia diikuti dengan Perlis mencatatkan 1.55, Putrajaya (1.45), Terengganu (1.42), Kedah (1.41), Pulau Pinang (1.39), manakala Johor dan Kelantan masing-masing 1.36.

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Selangor dengan 1.29 disusuli Negeri Sembilan (1.26), Perak (1.25), Melaka (1.24) dan Kuala Lumpur (1.23).

Pada Khamis, Malaysia terus merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan baharu Covid-19 dengan 19,090 kes dilaporkan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.51. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/dgHlinDDqu