Nilai 3 kembali meriah

3 Feb 2022 • 9:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

NILAI - Peniaga di Pasar Borong Nilai 3(Nilai 3) di sini lega apabila kawasan perniagaan terbabit yang lama suram susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat kembali meriah sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati suasana di situ seolah-olah seperti menjelang perayaan Aidilfitri apabila pengunjung membeli permaidani, kain langsir dan pakaian.

Ia diakui oleh peniaga warga Pakistan Vicky, 33, yang menerima kehadiran pelanggan seawal jam 10.30 pagi.

image is not available

"Selepas tiada lagi (Selasa) ramai datang berbanding pada Sabtu dan Ahad lepas dan keadaan begitu biasa kita dapat lihat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri saja," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimana pun dia akui perniagaannya terjejas teruk susulan Covid-19 dan kini mula beransur pulih.

Sementara itu, pekerja kedai menjual tudung, Ronny, 24 turut menyamakan kehadiran pengunjung ke Nilai 3 kali ini seperti Hari Raya Aidilfitri.

image is not available

Katanya, ini kerana orang ramai dilihat membeli pakaian dan permaidani seolah-olah mahu membuat persiapan hari raya.

"Masa mula-mula kedai dibenarkan beroperasi semula, susah sangat nak dapat pelanggan.

image is not available

"Lihat ramai datang berjalan ke Nilai 3 hari ini, ia semestinya buat ramai peniaga lega," katanya.

Seorang pengunjung, Nurul Amira Mohd Nasir, 28, berkata, Nilai 3 merupakan lokasi pilihannya untuk membeli barangan rumah.

image is not available

"Rasanya selepas dua tahun tidak berkunjung ke Nilai 3 kerana PKP, saya datang semula hari ini dan tengok suasana di sini bolehlah saya katakan macam nak hari raya.

"Yelah, biasanya suasana orang ramai datang beli belah di sini hanya dapat dilihat menjelang hari raya. Tapi kalau ikutkan kalau dulu lagi ramai," katanya

Selain itu Noor Adzeelah Abdullah, 39, dari Klang, Selangor mengambil kesempatan singgah ke Nilai 3 kerana dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Melaka.

image is not available

"Tiap-tiap tahun kalau nak raya, saya mesti datang Nilai 3 beli permaidani. Tapi hari ini saja singgah cuci mata.

image is not available

"Saya ada datang tahun lepas selepas tiada lagi sekatan rentas negeri, tapi suasana lengang sangat berbeza hari ini," katanya.