“Sudah Tukar Kah?” – Semakin ‘Wanita’, Penampilan Terkini Saiful Malaysian Idol Buat Netizen Kecewa

24 Feb 2022 • 2:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masihkah anda ingat mengenai penyanyi kelahiran program realiti TV Malaysia Idol (2004) iaitu Saiful?

Baru-baru ini namanya menjadi bahan bualan warga maya apabila video yang menampilkan imej terbarunya kembali tular.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, Saiful tampil dengan gaya yang lebih feminin dan anggun.

Malah, wajahnya kini lebih runcing dan kelihatan agak kurus berbanding sebelumnya.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dengan keadaan terkini Saiful atau nama sebenarnya Mohammad Saipul Bin Bakeri itu.

image is not available

Sumber : Google  

 

Kenapa jadi macam ni, dulu aku minat sebab hensem sekarang kenapa macam ni? -netizen

Ramai juga yang tertanya-tanya apakah sebab Saiful berubah sehingga ke tahap seperti itu.

Sekitar tahun 2017 yang lalu, Saiful pernah mencuri tumpuan netizen apabila dia kini ingin dikenali dengan gelaran Saifulina dan foto-fotonya berimej wanita juga telah tular di media sosial.

image is not available 22 jam lalu

"Awak Semuakan 'Perfect'.." - Shikin Maembong Tenang Dikutuk Mulut Senget & Menantu Dari Neraka