(VIDEO) “Adakah Kahwin Paksa?”- Pengantin Lelaki Pegang ‘Phone’ Atas Pelamin Undang Persoalan Netizen

Entertainment
22 Feb 2022 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjadi Raja Sehari di hari bahagia pastinya menjadi impian setiap pasangan yang bercinta.

Namun lain pula yang terjadi apabila tular sebuah video TikTok yang memaparkan sepasang pengantin yang nampak seperti ‘terpaksa’ sahaja ketika bersanding di atas pelamin.

image is not available

Sumber : TikTok  

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @applesweet19 itu, gelagat dan reaksi kedua-dua pengantin itu kelihatan tidak gembira dan ianya ternyata telah menimbulkan tanda tanya netizen yang menontonnya.

Enggan membiarkan orang ramai tertanya-tanya, wanita iini tampil menjelaskan bahawa pengantin mungkin telah berasa penat dan keletihan melayan tetamu pada hari bahagia mereka itu.

Wanita itu turut menegaskan tiada istilah kahwin paksa kerana pasangan tersebut bernikah atas dasar cinta antara satu sama lain.

Video tersebut kemudiannya dipadam dan terdapat beberapa video lain yang menunjukkan pasangan itu sedang bergembira dan menari dalam majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) Lelaki Ini Bayar 'Cash' RM58K Servis Lamborghini, Tapi Ramai Yang Persoal Resit Kedai Tomyam