Kamera beresolusi tinggi dicadang untuk rakam wajah pemandu culas bayar tol

8 Feb 2022 • 11:23 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, berkongsikan maklumat tentang usaha yang sedang digerakkan kerajaan bagi merealisasikan plaza tol tanpa palang (MLFF). Antaranya adalah bagi memperuntukkan hukuman lebih berat kepada pengguna jalan raya yang elak bayar tol apabila melalui jalan bertol.

Setakat ini, undang-undang yang digunakan penyedia laluan bertol adalah Seksyen 8, Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Hukuman yang diperuntukkan adalah denda antara RM2,000 hingga RM5,000 sekiranya terbukti bersalah.

Yang ingin dicadangkan kerajaan adalah hukuman penjara dan akan dimasukkan dalam undang-undang penal dan pesalah boleh diklasifikasikan melakukan jenayah.

image is not available
Contoh MLFF seperti yang dibayangkan pemegang konsesi

Selain itu, kamera beresolusi tinggi di laluan MLFF turut dicadangkan. Ia bagi menangkap butiran penting seperti nombor pendaftaran dan wajah pemandu sendiri untuk tujuan perundangan kelak.

Di Malaysia, terdapat 31 pemegang konsesi laluan bertol dan mereka mendesak kerajaan supaya memperkukuh kerangka kerja daripada segi perundangan sebelum MLFF dikuatkuasakan dalam tahun 2025 kelak. Ia bagi mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung pengendali dek orang tak bayar tol.

Misalnya, PLUS Malaysia Berhad dalam tahun 2021 berjaya mendapat sokongan mahkamah untuk beroleh semula lebih RM500 ribu tol yang tak berbayar daripada sebuah syarikat logistik yang 19 kenderaan miliknya culas membayar tol.

Sumber: FMT