Shah Rukh Khan Dituduh ‘Meludah’ Atas Mayat Mendiang Lata Mangeshkar?

Entertainment
9 Feb 2022 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh di media Bollywood apabila segelintir netizen mendakwa bintang terkenal Shah Rukh Khan (SRK) dengan sengaja meludah di atas mayat penyanyi lagenda, Lata Mangeshkar ketika di upacara penghormatan terakhir mendiang.

Namun begitu, perkara tersebut dinafikan sekeras-kerasnya ahli politik India, Sanjay Raut yang menyifatkan sesetengah netizen sengaja membangkitkan isu agama dan ingin memfitnah bintang Bollywood itu.

Kata Sanjay, pihak mereka mengetahui siapakah dalang di sebalik isu tersebut dan menganggap ianya tidak perlu didedahkan kepada umum.

Ia adalah memalukan apabila sesetengah individu sengaja mengecam Shah Rukh Khan. Sesetengah mereka sengaja berbuat demikian untuk tujuan politik atau unsur agama.

Menurut laporan Hindustan Times, Shah Rukh Khan telah hadir bersama pengurusnya, Pooja Dadlani ke Shivaji Park, Mumbai bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Lata.

Menerusi video yang menjadi tular di media sosial itu, SRK dilihat telah menadahkan tangan seperti seorang muslim berdoa manakala Pooja menutup rapat kedua-dua tangannya sebelum berdoa mengikut agama masing-masing.

Setelah berdoa, SRK dilihat telah meniup ke udara namun disalah anggap seperti meludah ke atas Lata.

Sekadar info, penyanyi terkenal Bollywood, Lata Mangeshkar telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun akibat jangkitan COVID-19.

Sehubungan dengan itu, seluruh negara India berkabung selama dua hari beserta bendera negara mereka telah dinaikkan pada separuh tiang.

image is not available 4 hari lalu

Penyanyi Lagenda Bollywood, Lata Mangeshkar Meninggal Dunia Di Usia 92 Tahun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved