Nissan Akan Mengurangkan Pembangunan Enjin Bagi Menumpukan Perhatian Kepada Kenderaan Elektrik

TechnologyDigitalCars
8 Feb 2022 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nissan telah menghentikan pembangunan majoriti enjin bahan api fosil mereka bagi menumpukan perhatian kepada pembangunan kereta elektrik mereka. Menurut laporan Nikkei Asia, hanya enjin trak untuk pasaran Amerika Utara akan diteruskan kerana Nissan menjangka permintaan untuk segmen ini akan meningkat.

image is not available

Pembangunan enjin untuk pasaran Jepun dan China akan ditamatkan mengikut langkah mereka menamatkan pembangunan enjin untuk pasaran Eropah sebelum ini. Tindakan drastik ini diambil kerana piawaian pencemaran baharu akan membuatkan kos semakin meningkat sedangkan masa depan dunia automotif kini adalah kenderaan elektrik.

Pada waktu yang sama pembangunan enjin untuk kenderaan hibrid masih akan diteruskan. Enjin sedia ada akan terus digunakan dengan penambahbaikan dilakukan bagi mengurangkan tahap emisi. Nissan mengikuti langkah Hyundai dan Mercedes-Benz yang menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalam.