[VIDEO] Covid-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, Sabah tertinggi

7 Feb 2022 • 9:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara terus meningkat kepada 1.27 susulan lonjakan kes positif Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

Menerusi data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin, Sabah mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.47 diikuti Perlis (1.40) dan Sarawak (1.30).

Labuan, Putrajaya, Kedah masing-masing 1.25, Johor (1.22), Selangor (1.21), Pahang (1.20), Pulau Pinang (1.20), Melaka (1.16), Perak (1.15), Kelantan (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).

Nilai Rt adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Contohnya, jika nilai Rt 2.2 bermaksud, 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10,089 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

Peningkatan ketara itu berikutan negara sudah memasuki gelombang jangkitan varian Omicron.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved