Netizen Puji Tindakan AEON Jadi Yang Terawal Naikkan Gaji Minimum RM1,500

Business & Finance
16 Feb 2022 • 5:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aeon

Walaupun pihak kerajaan masih belum memutuskan apa-apa lagi tentang kenaikan gaji minimum, nampaknya sudah ada syarikat besar yang menyokong usaha kenaikan ini dengan baik.

Inilah apa yang dilakukan AEON Co (M) Bhd dan AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Malaysia) apabila menaikkan gaji minimum bagi pekerja Gred G. Ini menjadikan gaji minimum syarikat itu dari RM1,200 kepada RM1,500 dan sebenarnya ianya telahpun berkuat kuasa sejak 1 januari 2022 lagi.

Kenaikan gaji minimum RM1,500 hanya gaji pokok

Menariknya adalah gaji minimum ini belum termasuk elaun atau insentif lain yang diberikan pihak AEON kepada pekerja mereka.

Difahamkan, usaha yang dilakukan AEON ini adalah selaras dengan usaha memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 8) bagi menyediakan pekerjaan yang baik untuk pertumbuhan ekonomi.

Kenaikan gaji minimum dilakukan AEON dipuji

image is not available

image is not available

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.