Pochettino label Mbpappe antara pemain terbaik dunia

Football
16 Feb 2022 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyifatkan Kylian Mbappe sebagai salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini, setelah bintang Perancis itu menjaring gol pada lewat perlawanan bagi menewaskan Real Madrid 1-0 pada aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara pada Rabu.

Menurut Pochettino, jaringan Mbappe itu nyata memberikan harapan menjelang aksi kedua kalah mati berdepan skuad Los Blancos itu di Santiago Bernabeu, 10 Mac depan.

“Ia kemenangan tipis, tetapi ia tetap memberikan kita harapan untuk mengharungi aksi kedua kalah mati di Madrid kelak.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aksi pemain-pemain PSG dan berharap aksi sedemikian dapat diteruskan selepas ini dalam usaha memastikan kejayaan yang berterusan,” katanya.

Aksi pertama kalah mati di Parc des Princes pada Rabu, menyaksikan Mbappe menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan bagi memberikan sedikit harapan buat skuad Les Parisiens itu menjelang aksi kedua kelak.

Jaringan berkenaan sekali gus dilihat berjaya menutupi kegagalan Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 yang mungkin membuatkan PSG membawa bekalan lebih selesa pada aksi kedua kalah mati kelak.

Sementara itu pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti bersetuju dengan kenyataan Pochettino dan malah mengakui Mbappe adalah pemain terbaik di Eropah.

“Saya setuju dengan apa yang dikatakan Pochettino. Dia (Mbappe) sememangnya berada dalam kelas yang tersendiri.

“Apa pun, kami akui tidak beraksi dengan baik kali ini; tetapi itu tidak bermakna kami sudah ‘mati’ kerana masih ada lagi 90 minit untuk menentukan pasukan yang akan ke suku akhir,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved