Ribut petir, hujan lebat dijangka di Sarawak dan Sabah petang ini

2 Feb 2022 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga jam 6 petang Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, kawasan di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sibu, Selangau, Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Tuaran dan Kota Belud. - Bernama