
Tuaran: Polis menahan tujuh pekerja sebuah syarikat subkontraktor yang bertanggungjawab melakukan kerja pemasangan kabel optik bagi syarikat telekomunikasi, kerana disyaki mencuri kabel tembaga, di sini.
Tujuh lelaki itu masing-masing memakai vest dan menaiki lori milik subkontraktor itu, ditahan pada pukul 4 petang ketika cuba mencuri kabel di sepanjang tepi jalan berhampiran sebuah sekolah di sini pada 27 Januari.
