
Kota Kinabalu: Persatuan Hoki Sabah (SHA) tidak akan berpuas hati dengan kejayaan mereka dan akan terus bekerja keras walaupun berjaya merangkul gelaran divisyen dua Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) hujung tahun lalu.
Presidennya, Dato’ Seri Anil Jeet Singh berjanji bahawa pihaknya tidak akan memperlahankan usaha ketika beliau cuba membawa persatuan itu ke tahap lebih tinggi susulan kejayaan tersebut.



