Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Kongsi Potensi Johor Dengan TMJ

Politics
15 Feb 2022 • 12:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
najib razak

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa nampaknya selepas semua calon bertanding sudah mula melakukan kempen masing-masing.

Tidak duduk diam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut bersama memikirkan potensi untuk memajukan negeri Johor. Potensi ini dibentangkan Najib ketika menghadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Johor boleh menjadi pemangkin dan pintu terhadap kemajuan ekonomi negara

Pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi tiga fokus utama. Semoga Allah SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia dan terus memberkati institusi diraja. – Kata Najib.

Dalam pada itu, Najib turut menyentuh tentang sistem kebajikan rakyat bagi memastikan beban rakyat negeri itu dapat dikurangkan.

Najib hari ini dilihat meneruskan rombongannya di beberapa tempat sekitar Johor bagi mendengar secara terus luahan rakyat negeri itu.

image is not available

image is not available

image is not available

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.