Ratu Elizabeth II Positif COVID-19, Alami Gejala Ringan

20 Feb 2022 • 9:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ratu Elizabeth II - Gambar AFP

LONDON - Ratu Elizabeth II, 95, disahkan positif COVID-19 pada Ahad, demikian menurut Istana Buckingham.

Baginda mengalami 'gejala seperti selsema ringan' namun dijangka meneruskan 'tugas ringan' di Windsor pada minggu akan datang.

''Baginda akan terus menerima rawatan perubatan dan akan mematuhi semua garis panduan yang sesuai,'' demikian menurut Istana Buckingham dalam satu kenyataan.

Ratu Elizabeth, mempunyai kontak dengan pewaris diraja, Putera Charles, yang disahkan positif COVID-19 minggu lepas.

Difahamkan sejumlah individu telah diuji positif di Istana Windsor, yang menjadi tempat kediaman baginda.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Boris Johnson dalam ciapannya mendoakan baginda cepat sembuh dari COVID.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada Ratu Elizabeth menjalani ujian COVID itu sendiri, demikian lapor BBC.

View Original Article