Terus Melonjak! Malaysia Catat Lebih 20k Kes Harian

11 Feb 2022 • 3:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Noor Hisham

Sebelum ini kami melaporkan yang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjangkakan yang kes harian akan terus meningkat dalam tempon beberapa minggu ternyata benar.

Setakat hari ini, sebanyak 20,939 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dan berbanding yang dilaporkan semalam iaitu sebanyak 19,094 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka hari ini menjadikan jumlah kumulatif di negara sebanyak 2,996,361 kes. Betul-betul hampir 3 juta!

Apapun, semoga semua rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.