MCMC Diarah Teliti Semula Spesifikasi Pembinaan Menara Telekomunikasi - Annuar

23 Feb 2022 • 8:17 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Annuar Musa - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarah meneliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi dari sudut kejuruteraan dan keselamatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di laman Twitter beliau malam tadi berkata satu kaedah audit keselamatan perlu diadakan berikutan insiden menara telekomunikasi tumbang.

“Saya memandang berat kes menara telekomunikasi tumbang. Soal keselamatan amat penting. Pihak berkuasa pastikan piawai dipatuhi sebelum diluluskan,” katanya.

Semalam, media melaporkan menara telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Ahad nyaris menimpa Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di Ipoh, Perak. - Bernama