Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit

4 Feb 2022 • 6:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 FEB: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan ketika beriadah bersama dua rakan di Bukit Wawasan, Puchong hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Selangor) Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.49 pagi dan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa, Kuan Wee Siong yang berusia 28 tahun dan berat badan dianggarkan 130 kilogram berjaya dibawa turun ke pusat kawalan bencana pada jam 2.48 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di PKB,” katanya menerusi kenyataan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved