Suami isteri didenda RM24K

12 Feb 2022 • 2:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri masing-masing dipenjara tiga hari dan didenda sejumlah RM24,000 atau penjara 12 bulan kerana menggunakan penyata bank palsu untuk mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Zain bin Becklono, 45, dan Norafidah Palas, 37, apabila kes mereka disebut untuk keputusan pada Jumaat.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 atau penjara empat bulan bagi setiap tuduhan.

Mahkamah memerintah supaya hukuman penjara berjalan serentak dari Jumaat.

Pasangan itu telah menggunakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah nama Suria Construction untuk mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak bagi asrama SMK Pekan Kudat.

Tender adalah untuk tempoh 1 April 2017 hingga 31 Mac 2019.

Dua tertuduh telah menyerahkan dokumen palsu itu di Jabatan Pendidikan Sabah pada 24 November 2016.

Kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Norsham Saharom dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir untuk pendakwaan sementara peguam Amli Nohin mewakili tertuduh.

Mereka membayar denda mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.