(VIDEO) Lelaki Ini Bayar ‘Cash’ RM58K Servis Lamborghini, Tapi Ramai Yang Persoal Resit Kedai Tomyam

22 Feb 2022 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pemuda dilihat ‘menayang’ wang tunai berkepuk-kepuk ketika ingin membuat servis kereta mewah miliknya jenis Lamborghini.

Dalam video berdurasi 1 minit lebih itu, pemuda itu kelihatan berada di bengkel kereta untuk membaiki keretanya itu.

Malah, tertera juga jumlah kos servis yang berharga lebih kurang RM58,2000 dan lelaki itu kemudian membayarnya dalam bentuk wang tunai.

Namun lain pula reaksi netizen terhadap video tersebut yang rata-ratanya seperti ada mengesyaki sesuatu yang tidak baik dan agak pelik untuk seseorang menggunakan kaedah wang tunai memandangkan lebih mudah untuk membayar sesuatu menggunakan servis ‘online’ ataupun kad kredit/debit.

Bukan nak tuduhla, orang yang bayar tunai jumlah besar mesti ada buat sesuatu yang tak elok. Kenapa tak guna kad kredit atau debit? Kenapa perlu susah payah nak bawa tunai. Paling busuk pun e dompet TNG.

Tapi yang lebih mencuit hati apabila ada juga netizen yang memberi komen mengenai resit bengkel kenderaan yang menggunakan resit biasa seperti ‘kedai tomyam’.

image is not available

Sumber : Twitter  

RM58,200, resit pun pakai buku, tulis cemtu. Servis Axia tak sampai RM200 pun printed cantik baik siap ada logo Perodua. Zaman dah cashless, mamat ni masih pakai cash.

Tapi pelik juga, tak berat ke poket ke beg tu letak wang kertas banyak-banyak. Terdedah risiko kena rompak lagi. Apa-apa pun berhati-hatilah okay!

image is not available 23 jam lalu

"Fikir Nak Sedappp Je" - Ingin 'Bersama' Isteri Dalam Pantang, Suami Tergamak 'Racun' Isteri Dengan Ubat Tidur