
Realme mengumumkan dua ahli terbaharu siri Realme 9 mereka iaitu Realme 9 Pro + 5G dan Realme 9 Pro 5G. Daripada spesifikasi dan harga, ini bakal menjadi pesaing kelas pertengahan yang kuat terutamana pada siri Redmi Note 11.
Berikut adalah harga jualan kedua-dua model telefon itu di India.
Realme 9 Pro+ 5G
- RAM 6GB + storan 128GB INR 24,999 (RM1,394)
- RAM 8GB + storan 128GB INR 26,999 (RM1,505)
- RAM 8GB + storan 128GB INR 28,999 (RM1,617)
Realme Pro 5G
- RAM 6GB + storan 128GB INR 17,999 (RM1,004)
- RAM 8GB + storan 128GB INR 20,999 (RM1,171)
Realme Malaysia sudahpun mengutuskan hint tentang pelancaran siri ini di Facebook mereka. Jadi, jangkakan kemunculan tak lama lagi dalam pasaran kita.
Spesifikasi Realme 9 Pro+ 5G
Realme 9 Pro+ 5G adalah model paling berkuasa antara dua telefon yang diumumkan kali ini.

Atas papan utama, ia diperkasa MediaTek Dimensity 920 5G. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.4" AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pengimbas cap jari untuk pengenalan biometrik adalah yang jenis disebalik paparan disamping ciri face unlock yang boleh digunakan untuk membuka telefon.

Realme ingin mengetengahkan kemasan belakang light shift design. Permukaan berkilat itu memantulkan cahaya dalam corak yang unik. Walaupun coraknya unik, ciri ini tidaklah unik kerana sudah banyak telefon termasuklah daripada Realme sebelum ini menggunakan kemasan sebegini, cumanya Namanya berbeza.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas SuperDart 60W. Jangkakan kelajuan pengecasan kurang daripada 1 jam untuk mengisi penuh tangki bateri ini.
Berpindah ke jabatan pengimejan, Realme Pro+ 5G ada tiga kamera belakang. Kamera utamanya menggunakan sensor IMX766 50MP. Ia sensor yang sama boleh anda temui pada Oppo Find X3 Pro. Dua baki kameranya yang lain adalah kamera 8MP ultralebar dan kamera 2MP makro.

Selfie di Realme 9 Pro+ diambil dengan kamera 16MP. Antara yang menarik dalam siri kali ini adalah ia ada speaker stereo dan juga jek 3.5mm, sama seperti siri Redmi Note 11.

Spesifikasi Realme 9 Pro 5G
Realme 9 Pro 5G miliki spesifiki lebih mirip kepada Redmi Note 11 Pro 5G. Kedua-dua mereka memperagakan cip Snapdragon 695 5G. Realme 9 Pro+ ada kelebihan pada kamera, kelebihan Realme 9 Pro adalah pada paparannya.

Telefon ini adalah paparan 120Hz dengan sebesar 6.6" dengan resolusi FHD+. Panel paparannya mungkin daripada LCD kerana ia hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Kamera 64MP boleh ditemukan pada telefon ini. Sensor 64MP seakan ruji pada banyak telefon Realme tahun-tahun sudah bersama-sama kamera 8MP utlralebar dan 2MP makro. Kamera selfie pula adalah yang dilengkapi sensor 16MP.
Bateri dengan kapasiti 5,000mAh disediakan dan untuk mengisinya, Realme memberikan teknologi pengecasan pantas DartCharge 33W.
Realme 9 Pro juga menggunakan kemasa belakang light shift design. Saya kurang gemar dengan kemasan sebegini kerana, walaupun ia cantik untuk dilihat di atas skrin komputer, ia tetap mudah kotor dan untuk kegunaan harian, kemasan tersebut tak praktikal.
