Jumlah kanak-kanak di P.Pinang terima vaksin Covid-19 meningkat

20 Feb 2022 • 3:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Seramai 25,663 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Pulau Pinang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) sejak 7 Feb hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata pemberian vaksin kanak-kanak dilaksanakan di pelbagai pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk hospital dan sekolah.

“Jumlah kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin telah meningkat iaitu 530 orang pada 12 Feb kepada 25,663 sehingga semalam iaitu 16.5 peratus daripada jumlah kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Sehingga dua hari lepas, Pulau Pinang menerima pendaftaran PICKids melebihi 64,300 kanak-kanak. Pelbagai usaha kami bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKN) Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang bagi memberi penerangan berhubung kebaikan vaksin dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, “ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebanyak 14 lagi PPV telah dibuka bagi menjayakan PICKids dan mempercepatkan proses suntikan bagi golongan kanak-kanak di Pulau Pinang.

Beliau berkata sehingga 18 Feb lepas, seramai 938,065 orang atau 68.3 peratus populasi dewasa di Pulau Pinang telah menerima dos penggalak. - Bernama