SOP baharu umrah berkuatkuasa 14 Februari ini

8 Feb 2022 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti umrah akan berkuatkuasa bermula 14 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara SOP baharu itu adalah keperluan 'Person incharge (PIC)' dari ejen pelancongan untuk memantau kepatuhan jemaah umrah.

Katanya, pemantauan itu adalah semasa jemaah berada di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan ketika di pintu masuk antarabangsa (PMA).

"(PIC) turut serta dengan Jemaah sekiranya melebihi 40 orang atau disediakan bagi setiap tempoh tersebut untuk jumlah Jemaah kurang dari 40 orang.

"SOP lain adalah mewajibkan dos penggalak dan membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA).

"Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri," katanya ketika sidang media khas sempena mesyuarat kuartet menteri Covid-19 di Kementerian Pertahanan pada Selasa

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved