Isu Liputan Rangkaian Adalah Aduan Terbanyak Mengenai Perkhidmatan Telekomunikasi Yang Diterima Sepanjang 2021 – SKMM

TechnologyDigital
25 Feb 2022 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

2021 merupakan tahun kedua dimana rakyat Malaysia secara kebanyakannya terpaksa bekerja dari rumah dan menggunakan sambungan internet sendiri, tidak kira menggunakan internet mudah-alih ataupun internet jalur lebar.

Secara tidak langsung, ini juga menyebabkan ramai pengguna internet melaporkan lebih banyak aduan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan juga pihak SKMM kerana kualiti rangkaian yang memuaskan.

image is not available

Menurut SKMM, aduan paling banyak yang dilaporkan ialah mengenai liputan rangkaian yang kurang memuaskan, diikuti oleh laporan mengenai ketiadaan liputan rangkaian langsung. Rata-rata jumlah aduan paling banyak yang dibuat adalah sekitar bulan Jun, Julai dan Ogos 2021, lebih daripada 40 ribu aduan apabila negara terpaksa mengimplimentasi PKP 3.0 apabila jumlah kes positif COVID-19 dilihat meningkat semula.

image is not available

Dari segi syarikat telekomunikasi yang menerima jumlah aduan tertinggi, ia dilihat bahawa Celcom mendahului senarai tersebut, diikuti oleh Maxis, Digi dan kemudiannya U Mobile. Kesemua syarikat-syarikat ini juga memperlihatkan trend aduan yang sama, dimana jumlah aduan tertinggi dicatatkan sekitar bulan Jun, Julai dan Ogos 2021.

image is not available

SKMM turut memperlihatkan lokasi dimana aduan-aduan ini adalah tertinggi. Menurut laporan mereka, pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Johor Bahru mencatatkan jumlah aduan tertinggi, diikuti mereka yang menetap di kawasan Petaling, Seremban dan Kuala Lumpur.

Berikutan aduan-aduan ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan juga telah menaiktarafkan pencawang-pencawang telekomunikasi mereka sedia ada untuk menampung penggunaan kerja dan pembelajaran dari rumah, dan juga menambahkan pencawang-pencawang baru di lokasi-lokasi yang tidak mempunyai liputan rangkaian sebagai sebahagian daripada program Jendela.