MCMC Nafi Berita Palsu Halang Warga Emas Keluar Mengundi PRN Johor

7 Feb 2022 • 3:55 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MCMC meminta orang ramai tidak terpedaya dengan berita palsu yang menegah warga emas keluar mengundi pada PRN Johor. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu yang meminta warga emas tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pihaknya mengesan penularan mesej di media sosial yang meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada PRN Johor bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

“Peringatan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat yang boleh mencetuskan situasi yang tidak diingini,” katanya.

Menurut jurucakap itu, orang ramai perlu berwaspada ketika mendapatkan maklumat terkini, dan memastikan ia adalah dari sumber rasmi yang sahih.

“Tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang menyebarkan berita tidak benar, menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Semalam, KKM menafikan hebahan yang menyarankan warga emas berusia lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada PRN Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Menurut hebahan palsu itu, kumpulan berkenaan diminta berbuat demikian bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan warga emas. - Getaran, 7 Februari 2021.

View Original Article