Jais: Hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar solat Jumaat di masjid, surau

27 Feb 2022 • 6:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan tatacara operasi piawai (SOP) yang menetapkan hanya jemaah lengkap dos penggalak vaksin Covid-19 dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau negeri ini.

Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata kenyataan dikeluarkan timbalan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini bertujuan memaklumkan orang ramai bahawa SOP berkenaan hanya membabitkan umat Islam di Selangor.

“Betul kenyataan yang dikeluarkan Jakim. Maknanya dia (Jakim) memaklumkan bahawa hal ehwal Islam adalah bidangkuasa negeri-negeri.

“Perkara ini sangat jelas, tetapi semua pihak yang tidak berkaitan turut diselar macam-macam,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Terdahulu, Datuk Hakimah Mohd Yusoff memaklumkan SOP yang ditetapkan berdasarkan surat pekeliling Jais bertarikh 21 Februari lalu hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Beliau berkata Jakim menghormati ketetapan dibuat pihak berkuasa agama negeri ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved