Jangkitan harian terus meningkat, catat hampir 14,000 kes hari ini

8 Feb 2022 • 3:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 FEB: Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat menghampiri angka 14,000 dengan 13,944 kes direkodkan hari ini.

Trend peningkatan bermula pada Khamis dengan 5,720, 7,234 (Jumaat), 9,117 (Sabtu), 10,089 (Ahad) dan 11,034 pada semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook memaklumkan jumlah keseluruhan kini 2,939,198 kes.

Berikut perincian daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini:

– 73 kes (0.52 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima
– 13,871 kes (99.48 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua
Kategori 1 : 3,942 kes (28.27 peratus)
Kategori 2 : 9,929 kes (71.21 peratus)
Kategori 3 : 54 kes (0.39 peratus)
Kategori 4 : 11 kes (0.08 peratus)
Kategori 5 : 8 kes (0.05 peratus)