GoPro bakal tawar lebih banyak jenis produk, tapi bukan macam dulu kala

Digital
4 Feb 2022 • 12:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

GoPro dikhabarkan akan memperkaya penawaran produk mereka untuk tak terhad kepada kamera GoPro Hero dan GoPro Max. Berdasarkan perkongsian pengasasnya, mereka ingin memperluas demografi penggunannya untuk bukan sekadar orang biasa, malah golongan pro.

image is not available

Namun, mereka tidaklah kembali kepada model niaga dulu yang mereka rumuskannya sebagai "good, better, best". Kalau anda biasa dengan penawaran GoPro, ada ketikanya mereka lancarkan 3 varian GoPro sekali gus pada tiga tanda harga berbeza bagi meluaskan akses kepada peminatnya.

Tapi, menurut GoPro, perancangan masa depan mereka adalah untuk menghasilkan produk yang khusus untuk golongan tertentu.

GoPro pernah melakukan usaha mempelbagaikan produk apabila mereka hadir dengan dron dan gimbal tangan sebelum kedua-duanya dihentikan penjualannya atas masalah-masalah tertentu.

image is not available

Berkemungkinan besar mereka ingin mengikuti jejak DJI. Pesaing mereka daripada China itu bukan sahaja ada produk dron untuk pengguna biasa, malahan ada juga model untuk golongan professional.

Mereka turut ada kamera aksi dan gimbal tangan yang semuanya berkisarkan di sekitar teknologi kamera dan penstabil imej yang mereka bangunkan.

image is not available

Sumber: The Verge

Bacaan berkaitan