Badminton Asia: Skuad wanita tumbangkan Jepun

15 Feb 2022 • 8:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 FEB: Skuad wanita negara memulakan saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan bergaya selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Jepun 3-2 dalam perlawanan kumpulan Y sebentar tadi.

Pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di sini itu menyaksikan pemain perseorangan negara S Kisona gagal menghadiahkan mata pertama selepas tewas 12-21, 16-21 kepada Nidaira Natsuki.

Eoon Qi Xuan yang turun selaku perseorangan kedua turut kecundang kepada lawannya Riko Gunji 17-21, 7-21 dalam aksi selama 33 minit.

Bagaimanapun, pemain perseorangan ketiga negara Siti Nurshuhaini kembali menyuntik semangat rakan sepasukan apabila menundukkan Hina Akechi 21-16, 22-20.

Mata penyamaan negara hadir menerusi beregu wanita Valeree Siow-Pearly Tan yang menang ke atas Rui Hirokami-Yuna Kato 24-22, 21-18.

Beregu wanita Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing pula memastikan kemenangan buat pasukan negara apabila mudah membenam Hina Akechi-Riko Gunji 21-12, 21-5.

Pasukan wanita negara akan membuat perhitungan dengan India pada perlawanan kedua peringkat kumpulan jam 4 petang esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved