Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27″ Turut Dilancarkan Di Malaysia – Menyokong 165Hz Pada Harga RM1699

TechnologyDigital
10 Feb 2022 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi hari ini telah melancarkan siri Redmi Note 11 secara rasmi di Malaysia. Bersama-sama dengan empat peranti baharu ini, Xiaomi turut mengumumkan penjualan TWS dan monitor baharu.

image is not available

Monitor yang dilancarkan adalah Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27″, iaitu paparan khusus untuk para pemain permainan video. Ia hadir dengan panel beresolusi 2560 x 1440 QHD, menyokong kadar segar semula 165Hz, serta turut mampu memaparkan kandungan pada kadar 132% sRGB, 95% DCI-P3 dan warna 8-bit. Sokongan warna seperti ini turut sesuai untuk suntingan asas video atau foto, menggunakan perisian-perisian profesional pada desktop.

image is not available

Monitor ini dikatakan diiktiraf oleh VESA untuk piawaian VESA DisplayHDR 400 dengan kecerahan 409cd/m². Ia juga direka dengan rekaan bezel nipis dan menyokong sudut pandangan sehingga 178 darjah. Xiaomi turut menyarankan penggunaan dwi-monitor untuk pengalaman penggunaan yang lebih imersif.

image is not available

Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27-Inci ini turut mempunyai banyak port sambungan seperti DP 1.4 ×1, HDMI 2.0 ×2, USB-A (In) ×1, USB-A 3.0 ×2, dan juga port audio x1.

image is not available

Harga jualan monitor ini adalah RM1699 dan ia akan dijual di pengedar rasmi, kedai fizikal mereka serta kedai atas talian di satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

View Original Article