Gucci Melancarkan Beg Menyimpan AirPods Max Berharga Lebih RM4000

TechnologyDigital
2 Feb 2022 • 2:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

AirPods Max ialah usaha sulung Apple untuk menawarkan fon kepala premium kepada pelanggan. Sebagai produk generasi pertama, ia mempunyai beberapa kekurangan berbanding pesaing dan isu utama kebanyakan pemilik ialah tempat simpanan AirPods Max yang kurang mesra pengguna. Jika beg simpanan rasmi tidak melepasi piawaian anda, Gucci menawarkan beg simpanan mereka pada harga yang amat premium.

image is not available

Pada harga $980 (~RM4100) sebuah, ia jauh lebih mahal berbanding AirPods Max yang dijual pada harga RM2399 di Malaysia. Beg yang diberi nama Ophidia case for ‌AirPods Max‌ ini diperbuat daripada bahan kulit dan dilengkapi dengan tali untuk menyandangnya pada bahu.

image is not available

Walaupun harganya premium, bahagian pendakap kepala AirPods Max masih lagi terkeluar dan terdedah apabila disimpan di dalam Ophidia.Bagi pengguna fon kepala jenama lain, Ophidia versi biasa turut ditawarkan kepada pelanggan yang berminat pada harga lebih mampu milik $920 (~RM3850) sebuah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved