Harga Makin Naik, Pengantin Baru Lega Dapat Telur

6 Feb 2022 • 4:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Krisis kenaikan harga barang runcit dan makanan sememangnya menjadi satu beban buat rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Harga barang makanan seperti telur dan ayam kini dilihat semakin membimbangkan terutamanya kepada bakal pengantin yang akan mengadakan kenduri kahwin tidak lama sahaja lagi.

Menerusi perkongsian Kosmo Online, seorang pengantin baru yang menetap di Felda Ulu Jempul, Siti Nor Aisyah Mohd Saad,28, pada mulanya berasa gusar apabila mengetahui krisis ketiadaan telur namun bersyukur kerana mendapat stok barang makanan tersebut bagi tujuan menyediakan buah tangan berupa bunga telor buat tetamu.

 

image is not available

Sumber : Kosmo Online 

 

Cerita Siti, ketiadaan stok telur sebelum ini telah memaksanya untuk membuat ‘perjanjian’ dengan sebuah pasaraya untuk menyimpan stok sebaik sahaja bekalan telur masuk.

“Mujur dalam tiga hari lepas pihak D-Mart bagitahu ada stok telur dan sempat saya dapatkan telur untuk diletakkan pada pahar dan diagihkan kepada tetamu.” ujarnya.

Tambahnya lagi, tiga sarang telur yang dibelinya itu dijual dengan harga sekitar RM50 dan didapati lebih mahal berbanding harga sebelumnya

Menjengah ke media sosial, rata-rata pengguna media sosial menyedari akan ketiadaan stok telur dan juga kenaikan harga barangan tersebut di pasaran.

Namun, jika dibandingkan dengan ayam dan juga makanan laut yang sememangnya lebih mahal, rakyat terpaksa juga membeli telur sebagai salah satu alternatif untuk mengisi perut diri sendiri mahupun keluarga.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Menyusahkan Orang!" - Semata Beri Laluan Pada 'VIP', Dua Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan