“Nak Tengok Juga!” – Tular Video Salji Turun Di Gunung Kinabalu, Netizen Teruja

28 Feb 2022 • 6:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada sesiapa yang pernah bercuti di negara empat musim, sudah pasti salji merupakan salah satu perkara yang ingin dirasai oleh masyarakat yang duduk di negara yang tidak alami empat musim.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu berita yang mengejutkan orang ramai serta pendaki di puncak Gunung Kinabalu apabila berlakunya satu fenomena luar biasa.

Menerusi hantaran Twitter Berita Harian, kelihatan salji dikhabarkan telah turun di kawasan Sayat-Sayat berdekatan dengan puncak gunung sekitar jam 6.20 pagi tadi.

Difahamkan juga, ketika itu cuaca disitu amat sejuk dan kemudiannya, ketulan sajli yang turun memenuhi kawasan tersebut selama kira-kira 2 minit.

Menurut Penolong Pengarah Taman Kinabalu iaitu Justinus Guntabid, kawasan yang dituruni dengan salji itu dikatakan berlaku sekitar kilometer 7 dari puncak gunung.

Video terbabit telah mendapat perhatian netizen, dimana rata-rata sememangnya teruja apabila melihat fenomena tersebut berlaku di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Kembang Tekak Weh.." - Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Atas Tilam, Pakai Seterika Demi Konten Media Sosial

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved