Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung kereta

5 Feb 2022 • 9:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MACHANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di kilometer 40, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran jejambat Machang di sini, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kejadian berkenaan berlaku pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, motosikal berkuasa tinggi ditunggang mangsa dikenali sebagai Marc Ferdinand Joseph Lourdes, 40 itu dipercayai dari arah Kuala Krai menuju ke Kota Bharu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya dipercayai memasuki laluan kenderaan Hilux yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran secara depan. Penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Menurutnya, pemandu Hilux yang berumur 26 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved