75 Pengunjung, 2 Pengusaha Pusat Hiburan Dikompaun RM77,000 Langgar SOP

5 Feb 2022 • 6:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan dalam serbuan itu adalah sebanyak RM77,000. - Gambar ihsan polis

KUALA LUMPUR - Gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), seramai 75 pengunjung di dua pusat hiburan dikompaun RM1,000 setiap seorang dalam serbuan dijalankan pihak berkuasa di sekitar ibu kota, malam tadi. 

Kompaun itu dikeluarkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Menurut Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, turut dikompuan ketika serbuan itu adalah pengusaha kedua-dua premis terbabit kerana melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPB) PPN 4 2021, iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam.

“Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan dalam serbuan itu adalah sebanyak RM77,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejak 1 Januari lalu, JPJKK Kuala Lumpur mengeluarkan 238 kompaun dengan nilai keseluruhan RM238,000 ke atas individu yang gagal mematuhi SOP COVID-19.

“Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan COVID -19 demi kesejahteraan masyarakat,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved