Wow, Thailand Longgarkan Lagi Syarat Kemasukan Pelancong Asing!

24 Feb 2022 • 2:59 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bermula 1 Mac ini, Thailand akan melonggarkan lagi syarat perjalanan COVID-19 untuk pelancong antarabangsa iaitu mereka yang sudah menerima vaksin tidak perlu melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima ketibaan -- sebaliknya hanya perlu membuat ujian antigen pantas kendiri.

Peraturan baharu mulai bulan depan itu adalah bagi mengurangkan kos dan memudahkan perjalanan meskipun kes COVID-19 terus meningkat di negara itu.

image is not available

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pelancong juga tidak perlu membuat tempahan hotel untuk menjalani ujian tersebut.

Malah, perlindungan insurans perubatan untuk pelancong juga dikurangkan daripada AS$50,000 kepada AS$20,000.

image is not available

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.

Selain itu, pengembara perlu membuat tempahan SHA Extra hotel yang diperakui dan ujian RT-PCR COVID-19 pada hari pertama dan kelima.

image is not available

Dalam tempoh 24 jam lepas -- Thailand merekodkan 21,232 kes baharu COVID-19 dan 39 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,770,793 dan 22,730 kematian.

image is not available

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved