Bas sewa khas USIM terlanggar pokok, 4 pelajar cedera

8 Feb 2022 • 4:36 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

NILAI – Empat pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera apabila bas sewa khas yang dalam perjalanan ke kampus terlibat dengan kemalangan berhampiran Nilai Square, Bandar Baru Nilai, pagi tadi.

Menurut laporan daripada Bernama, kemalangan itu dikatakan berpunca daripada bas yang terbabas lalu melanggar sebatang pokok dan terbalik.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau telah meminta Bahagian Hal Ehwal Pelajar memberi laporan perkembangan keadaan para pelajar.

“Pelajar yang mengalami kecederaan telah di hantar ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ) dan Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Insya-ALLAH, saya akan pastikan urusan kebajikan mereka semuanya terjaga. Pihak USIM melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan terus memantau keadaan semasa pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan urusan kebajikan pelajar yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan universiti.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat laporan penuh daripada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook milik beliau hari ini.

Zulkifli juga memaklumkan bahawa empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut merupakan pelajar Tamhidi (Asasi) universiti itu.

Bas yang terlibat membawa 17 pelajar dari Kolej Kediaman Nilam Court, USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi perkuliahan.