Di zaman serba moden ini, kita sering dimomokkan dengan pelbagai berita. Adakalanya sukar untuk mempercayai di mana kesahihannya. Sebagai contoh, ada satu sebaran berkenaan dengan sentimen perkauman daripada pihak politik. Kita akan mengambil bulat-bulat kesemua isi kandungan yang terdapat dalam sebaran. Namun begitu, sebagai manusia biasa yang mempunyai akal fikiran, anda haruslah mempunya daya pemikiran yang tajam untuk mengenalinya.
Sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti berita yang sahih, di sini ada sedikit tips untuk anda mulakan dan ikut:
Layari sebenarnya.my

Ada satu inisiatif di mana badan kerajaan telah menubuhkan satu portal untuk anda mendapat kesahihan berita. Dalam laman sesawang ini, anda boleh melihat segala berita yang palsu dalam arkib portal ini. Anda boleh melayari kesemua kandungan digital yang telah di muat naik ke dalam portal ini. Ini adalah satu usaha yang sangat efektif untuk mengekang penularan berita palsu di zaman ini.
Tanyakan Kepada Penyebar

Anda juga boleh bertanya kepada penyebar berita ini. Jika dia tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan tentang isu yang berkaitan, peratusan berita itu palsu adalah tinggi. Oleh itu, seni untuk bertanya itu hendaklah sangat terang dan senang difahami. Jika tidak, dikhuatiri melibatkan pergaduhan kerana perselisihan faham.
Tanyakan Kepada Pakar

Ini adalah satu cara yang baik untuk mengetahui berita itu sahih ataupun tak. Sebagai contoh, ada satu sebaran yang menyatakan suatu undang-undang bakal menutup perniagaan kecil. Dalam kandungan itu terdapat isi yang menyakinkan. Namun, anda perlulah merujuk sebaran ini kepada golongan profesional ataupun pakar. Dengan ini, anda dapat mendapat maklumat yang sah daripada pakar bidang.
Dalam usaha membanteras berita palsu ini, semua golongan haruslah bekerjasama dan berganding bahu. Ini akan menjadikan usaha banteras lebih cepat dan menjadi satu kesenangan di masa akan datang. Satu lagi perkara yang akan timbul ialah ketakutan dalam komuniti. Jika sebaran berita palsu ini menular, ianya akan menimbulkan panik dan boleh menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.