PKPD di Felda Tersang, Raub mulai 2 Februari

31 Jan 2022 • 11:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Februari.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan PKPD di Kampung Batu Talam, mukim sama akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook itu, Rodzi memaklumkan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain. - Bernama