Kerajaan Selangor cadang PBT tambah lokasi bazar Ramadan

17 Feb 2022 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu mengenal pasti lokasi baharu bazar Ramadan sebagai tambahan kepada lokasi sedia ada.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, tambahan lokasi bazar Ramadan di Selangor perlu supaya elemen penjarakan fizikal dapat dipenuhi.

"Ini juga selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, aliran keluar masuk pengunjung dan peniaga ke bazar Ramadan juga perlu dikawal agar teratur dan tersusun untuk mengelak berlaku kesesakan pada waktu puncak.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana kerajaan Selangor tidak berhasrat untuk menyekat aktiviti peniaga kecil semasa negara masih lagi berada dalam fasa pemulihan ekonomi.

"Perkara ini telah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan pada Isnin lalu, yang dihadiri Datuk Bandar serta Yang Dipertua Majlis Bandaraya, perbandaran dan daerah masing-masing," katanya.

Tambahnya, sebanyak 11,700 tapak disediakan pada tahun lalu namun bagi tahun ini ia masih dalam penilaian akhir PBT selepas mengambil kira perkembangan terkini penularan virus Covid-19 varian Omicron di negeri itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved