PERHILITAN Perak Siasat Video Kemunculan ‘Pak Belang’

5 Feb 2022 • 6:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar daripada video media sosial menunjukkan seekor harimau berada di kawasan semak di RnR berhampiran Banjaran Cafe.

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sedang menyiasat dakwaan seekor harimau belang muncul di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusof Shariff berkata, siasatan itu dijalankan selepas pihaknya menerima rakaman video memaparkan kemunculan haiwan berkenaan.

“Saya menerima rakaman video itu kira-kira jam 10 malam semalam dan sudah mengarahkan anggota PERHILITAN menjalankan siasatan.

“Unit di bawah agensi ini sedang menjalankan siasatan di lokasi didakwa didatangi harimau berkenaan,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 17 saat yang merakamkan kelibat seekor harimau belang di kawasan semak di lokasi itu tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan keterangan pada video, haiwan itu dikesan selepas Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan berhampiran Banjaran Cafe. - Getaran, 5 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved