Positif Dadah, Bapa Kanak-Kanak Maut Makan Sisa Makanan Ditahan Polis

14 Feb 2022 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak meninggal dunia kerana makan sisa makanan dari tong sampah. Hari ini, bapa kepada dua kanak-kanak tersebut telah ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Menerusi laporan Awani, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari menyatakan bapa kepada kanak-kanak tersebut akan disiasat kerana didapati positif dadah selepas ujian awal air kencing dijalankan.

image is not available

Shariman Ashari juga memaklumkan mayat dua kanak-kanak tersbeut akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dari Hospital Sultanah Maliha, Langkawi hari ini untuk menjalankan proses bedah siasat.

Dua beradik Myanmar itu dipercayai maut pada Ahad lepas selepas memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa di Bukit Malut, Langkawi.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkuasa.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved